Laman Utama
Elfira Loy Umum Hamil Anak Kedua, Ramai Netizen Dah Dapat Agak - “Nampak Baby Bump Kat Langkawi”
Pelakon Elfira Loy mendedahkan dia kini sedang hamil anak kedua.
Menerusi laman sosial Instagram, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, membuat pengumuman tersebut untuk tatapan umum.
“To my family and beloved friends, can you read the good news? Hehe,” tulisnya di ruangan komen.
Advertisement
Menerusi perkongsian itu lagi, Elfira memegang sebuah belon yang tertera ayat ‘baby no 2 is coming’.
Namun pelakon drama Kum Kum The Series itu tidak memaklumkan usia kandungannya.
Sementara itu di ruangan komen, berita kehamilan Elfira mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti dan wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan dan doa agar semuanya dipermudahkan.
“Alhamdulillah, may everything go smoothly. Congratulations Elfira,” komen pelakon Hannah Delisha.
“Alhamdulillah, congrats El!” tulis pelakon Sari Yanti.
“Masyallah, alhamdulillah. Tahniah El dan keluarga,” kata penyanyi Ernie Zakri.
“Hahaha dah agak dah. Masa kat Langkawi haritu nampak baby bump hehe, tahniah,” ujar seorang wargamaya.
“Omg congrats El. Semoga dipermudahkan dan dalam lindungan Allah selalu,” doa seorang wargamaya.
“Dah agak sebab saiz baju makin besar dari biasa termasuk muka,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Elfira itu telah mendapat hampir 67,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Imbas kembali, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Must-Watch Video