Berita

Elfira Loy Umum Hamil Anak Pertama

Zulaikha Yusof
25/04/2019
08:59 MYT
Pelakon Elfira Loy mengumumkan dia sedang hamil anak pertama.
Menurut Elfira, dia dan suami, Muhammad Faris Khairol Anuar berasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan.
"Alhamdulillah. Memang kalau orang tanya dengan saya memang saya akan jawab.
"Pengumuman saya pada hari ini dengan keizinan daripada suami.
"Kandungan saya masih baru lagi. Saya baru menjalani pemeriksaan dan bayi dalam kandungan pun sihat.
"Saya sangat gembira kerana sekarang ini banyak kes wanita yang sukar untuk mendapatkan cahaya mata.
"Saya tidak menyangka rezeki saya datang awal walaupun baru empat bulan berkahwin," katanya kepada Gempak.
Elfira ditemui usai majlis pelancaran koleksi raya Elfira X McVogue di Flora Terrace, Kuala Lumpur hari ini.
Tambah Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, dia tidak mengalami sebarang alahan semasa hamil.
"Saya tidak mengalami sebarang alahan kerana pada awalnya saya tidak tahu saya hamil.
"Saya dapat tahu hamil apabila sudah lama tidak datang bulan.
"Saya ada buat beberapa ujian kehamilan sendiri tetapi tidak mempercayai. Akhirnya saya pergi klinik dan doktor mengesahkan saya hamil," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elfira Loy Kesal Tindakan Individu Kongsi Video Jemaah Haji Meninggal Dunia - “Saya Telah Menyaksikan Dedikasi Pasukan Perubatan Dalam…”

gempak
20/06/2024
21:55 MYT
Pelakon Elfira Loy melahirkan rasa terkilan dengan sikap segelintir individu yang merakam dan berkongsi rakaman memperlihatkan jemaah yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.
Hiburan

Air Mata Elfira Loy Mengalir, Sebak Ramai Bantu buat Persiapan Untuk Tunai Haji - “Saya Tak Pernah Buat Video Menangis Macam Ini…”

gempak
10/06/2024
08:55 MYT
Berangkat ke Tanah Suci, Mekah pada pagi ini, pelakon Elfira Loy mengakui dia masih dalam keadaan tidak percaya dirinya akan menunaikan haji.
Laman Utama

Elfira Loy Terpaksa ‘Serah Diri’ Kepada Doktor - “Sakitnya Tak Boleh Dibawa Bincang Macam Nak Beranak…”

gempak
09/09/2023
09:50 MYT
Semoga cepat sembuh.
Laman Utama

Sedih Datang Bulan Ketika Tiba Di Makkah, Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah

gempak
02/02/2023
06:39 MYT
Elfira Loy Kongsi Pengalaman & Tip Buat Umrah
Laman Utama

Dapat Solat Saf Depan Dalam Raudhah, Elfira Loy Rasa Sebak; “Saya Tak Berhenti Menangis…”

gempak
22/01/2023
04:00 MYT
Rezeki