HIBURAN

Elisya Sandha Kongsi Detik Pertama Kali Jumpa Sheila Rusly, Duduk Dalam Kereta Sejam Sebab Takut - “Dah Depan Rumah, Saya Cakap…”

Asyikin Mayudin 23/07/2025 | 08:55 MYT
Dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan menyayangi menantu seperti anaknya sendiri merupakan satu rezeki buat pelakon Elisya Sandha.

Bagaimanapun Elisya mengakui dia pada mulanya berasa takut untuk bertemu dengan ibu mentuanya yang juga selebriti terkenal Sheila Rusly ketika awal perkenalan sebelum berkahwin.

“Masa pertama kali nak jumpa mak mentua saya duduk dalam kereta selama satu jam. Tak nak keluar kereta sebab takut punya fasal.

“Dah depan rumah… saya cakap dekat suami yang masa itu masih boyfriend saya la, saya cakap ‘saya takut la, macam mana ni. Saya tak nak masuk, takut’.

“Dia punya la pujuk cakap ‘you buat natural saja, jadi diri sendiri. Jangan takut’,” kata Elisya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Pada perkongsian yang sama, Elisya memberitahu dia akhirnya memberanikan diri dan tidak menyangka Sheila seorang yang sangat penyayang.

“Jadi saya gagahkan diri dan rupa-rupanya okay saja mak mentua saya. Tak ada la garang pun, sangat penyayang, masakkan untuk saya.

“Karakter dia adalah seorang yang sangat straight, tapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang dan baik. Suka masak,” ujarnya.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Bunga Elhaq serta Bahtera Elhaq.

undefined
#Sheila Rusly #Elisya Sandha #Mentua #Keluarga Mentua #Ibu Mentua