Laman Utama

Elisya Sandha Selamat Lahirkan Bayi Sulung

gempak
Syafiqah Jalal
18/06/2022
08:29 MYT
Sponsor Banner
Elisya Sandha Selamat Lahirkan Bayi Sulung
Pelakon Elisya Sandha, 23, yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 26, selamat bersalin bayi perempuan di sebuah hospital swasta pagi tadi.
Sheila, 51, yang berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya bersyukur atas kelahiran cucunya.
“Sentiasa bersyukur. Alhamdulilah,” ucapnya.
Menerusi perkongsian, Sheila turut memuat naik video suntingan tangan bayi yang dipercayai cucunya.
Meninjau di akaun IG Elisya dia masih belum berkongsi berita gembira itu namun Gempak sudah menghubunginya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelahiran pertamanya.
Elisya yang juga dik kepada Fasha Sandha itu dan Uzair Haqimy atau Haq berkahwin pada Ogos tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live