Hiburan
Elizabeth Tan Bimbang Pembedahan Di Tangan Meninggalkan Parut
Penyanyi Elizabeth Tan akui bimbang pembedahan kecil, Ganglion Cyst yang dilakukan di tanggannya pada minggu lalu bakal meninggalkan kesan parut yang jelas.
Elizabeth Tan berkata buat masa ini dia tidak dapat jangka bagaimana keadaan tangannya kerana ia masih dibalut dan lukanya belum dijahit.
"Sebenarnya ia hanya ketumbuhan kecil Ganglion Cyst di tendant iaitu atas tangan saya. Namun ketumbuhan yang saya sedari pada awal tahun ini semakin membesar.
"Bila membesar ia kelihatan seperti agak pelik terutama bila saya perlu merakamkan video untuk sesebuah penggambaran.
"Jadi saya buat keputusan untuk membuat pembedahan dan buang ketumbuhan tersebut sebelum ia makin membesar.
"Saya difahamkan ianya akan meninggalkan sedikit kesan parut dan saya harap parutnya tidak terlalu besar.
"Bimbang juga ia kelihatan terlalu jelas. Kita lihat nanti bagaimana kerana tangan saya masih berbalut," katanya kepada Astro Gempak.
Penyanyi lagu Knock Knock menjalani pembedahan kecil Gagnglion Cyst itu di sebuah hospital pada 13 Disember lalu.
Elizabeth memberitahu buat masa ini dia perlu berehat selama dua minggu sebelum luka pembedahannya baik sepenuhnya
"Kini saya masih menunggu proses untuk tunggu ia pulih sepenuhnya.
"Selepas ni, luka di tangan saya perlu dijahit pula.
"Doktor menjangkakan lagi dua minggu untuk saya pulih sepenuhnya," katanya lagi
Mengenai perkembangan lain, Elizabeth merancang untuk tampil dengan sebuah single terbaru Febuari tahun hadapan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video