Elizabeth Tan Cium Jay Iswazir Dalam Filem Abang Long Fadil 3 - “It’s Real, Waktu Tu Belum Kahwin..”
Azwa Rahman
29/08/2022 03:29 MYT
29/08/2022 03:29 MYT
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mengakui babak bercium dengan aktor Jay Iswazir di dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa memerlukan sebarang teknik kamera.
Menurut Elizabeth atau mesra disapa Lizzy, adegan tersebut dijayakan sekitar tahun 2019 ketika dirinya belum menjadi isteri kepada Dr Siew Jim.
"It's real (aksi itu benar)… Kalaulah adegan itu saya nak genggam kepala dia (Jay), kesan cium tu tak cukup, sekadar cium sahaja.
"Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun, ketika adegan itu dibuat, saya belum berkahwin dan Jay okay dengan babak itu," katanya kepada Gempak.
Lizzy ditemui pada majlis Malam Gala Abang Long Fadil 3 yang diadakan di Suria KLCC pada Jumaat.
Selain Lizzy, hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah semua pelakon utama Abang Long Fadil 3 seperti Zizan Razak, Johan, Ozzlyn, Maya Karin dan ramai lagi.
Jelas Lizzy lagi, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.
Malah selepas selesai menonton filem tersebut, suaminya turut memberikan kritikan membina terhadap aksi berlawan yang dilakukan di dalam filem tersebut.
“Suami kata dia kagum dengan aksi lakonan saya cuma boleh buat yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Kritikan yang jujur, itulah yang saya perlukan.
"Saya harap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi. Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu saya minat watak aksi pertarungan.
"Saya sedia memasuki latihan intensif kerana saya memang hendak belajar cara berlakon dalam filem aksi.
"Walaupun saya lebam teruk sepanjang penggambaran filem ini, tetapi tidak pernah terdetik rasa putus asa. Sebaliknya, saya sangat 'enjoy' dengan setiap aksi yang saya lakukan," ujarnya lagi.
Selain Lizzy dan Jay, filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw ini menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Khir Rahman, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Daniella Sha dan Siraj.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.