Hiburan

Elizabeth Tan Galak Golongan Muda Kongsi Video Nyanyian Di Smule

gempak
Ahmad Shah
04/11/2016
07:20 MYT
Sponsor Banner
Elizabeth Tan Galak Golongan Muda Kongsi Video Nyanyian Di Smule
Penyanyi Elizabeth Tan 23, menyokong dan mengalakkan anak-anak muda yang mempunyai bakat nyanyian berkongsi nyanyian mereka di laman sosial iaitu Smule.
Baginya, ia adalah perkara yang sangat positif malah dapat melatih serta memperbaiki mutu nyanyian mereka dari semasa ke semasa.
Malah bakatnya juga diketengahkan menerusi Youtube dan menjadi terkenal dalam sekelip mata.
“Apa yang saya lihat sekarang, ramai anak-anak muda mengunakan laman sosial untuk mempromosikan bakat nyanyian mereka.
“Terutama sekali aplikasi Smule, ramai yang mengunakannya untuk menyanyi pelbagai genre lagu.
“Walaupun saya tidak mengunakan Smule, bagi saya ia adalah platform yang baik dan ia adalah percuma, sesiapa saja berhak mengunakannya,” kata Elizabeth ketika ditemui Media di Majlis Pelantikan Duta Siri Animasi Elena of Avalor di ibu negara baru-baru ini.
Tambah Elizabeth, dia tidak pasti berapa ramai produser mahupun komposer melihat Smule untuk mencari bakat-bakat baru.
“Saya kurang arif mengenai peranan produser dan komposer melihat platform Smule sebagai pencarian mereka untuk bakat-bakat baru.
“Tapi saya pasti, mesti ada yang melihat Smule itu sebagai medium yang baik untuk bidang nyanyian.
“Apa-apa pun terpulang kepada individu membuat penilaian sama ada Smule itu memberi manfaat atau tidak,” katanya.
Mengenai animasi Elena of Avalor, Elizabeth antara satu-satu penyanyi di dunia dapat menyanyikan lagu tema siri animasi itu yang bertajuk Kini Masaku yang di alih bahasa dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Elena of Avalor akan mula disiakan di Astro saluran Disney (615) bermula pada 13 November depan jam 11 pagi.
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live