,
Laman Utama

Elizabeth Tan Ingin Cuba Untuk Hamil Hujung Tahun Ini

Izwan Isa
03/08/2022
01:50 MYT
Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan mendedahkan yang dia dan suami, Siew Jim bersedia untuk menimang cahaya mata pada tahun depan.
Menurut Elizabeth, percubaan untuk hamil pada awalnya dirancang pada bulan Julai ini. Namun, disebabkan kesibukan bekerja, dia memutuskan untuk menganjak tempoh percubaan untuk hamil sehingga bulan Oktober.
“Sebenarnya, saya rancang untuk cuba hamil pada Julai. Tetapi, secara tiba-tiba banyak pula job yang masuk. Jadi saya anjak ke bulan seterusnya iaitu Ogos.
“Namun disebabkan jadual kerja makin padat, rancangan untuk cuba mendapatkan cahaya mata dianjak sehingga ke bulan Oktober,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Abang Long Fadil 3 yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, Elizabeth menambah, sukar bagi dirinya untuk memutuskan sama ada ingin menimang cahaya mata atau tidak.
“Susah sebenarnya untuk decide ingin dapat anak atau tidak. Saya tahu yang saya perlu mengorbankan sebahagian besar karier saya jika saya ingin bergelar ibu.
“Lepas jadi mak, watak-watak yang ditawarkan mungkin lain… beza sedikit atau mungkin akan kurang. Saya ambil masa setahun ini untuk bersedia secara mental.
“Tambahan pula, sebagai seorang wanita, kita ada biological clock dan tahun depan saya sudah berusia 30 tahun. Doktor pun nasihat supaya hamil sebelum usia 35 tahun bagi mengelakkan bayi mengalami autism.
“Justeru, kita akan cuba ke arah itu (hamil) pada penghujung tahun ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elizabeth bakal muncul sebagai watak utama menerusi filem Abang Long Fadil 3.
Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem Abang Long Fadil turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Zizan, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj.
Elizabeth juga diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu runut bunyi bagi filem berkenaan berjudul Payung, yang turut menampilkan pelakon utamanya, Zizan Razak.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada 8 September depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Hiburan

Usia Sudah 44 Tahun, Model Gisele Bundchen Hamil Lagi Selepas Sedekad

gempak
29/10/2024
13:55 MYT
Model terkenal Gisele Bundchen dilaporkan hamil anak pasangannya, Joaqium Valente pada usia 44 tahun.
Unitar