Pengarah filem aksi komedi Abang Long Fadil 3, Syafiq Yusof mendedahkan yang pelakon utamanya, Elizabeth Tan menjayakan babak-babak pergaduhan tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
Syafiq berkata, dia cukup kagum dengan keupayaan Elizabeth yang dapat menjayakan babak pergaduhan, sungguhpun ia memakan masa yang agak lama untuk satu-satu syot.
“Menerusi filem Abang Long Fadil 3, kita banyak ketengahkan aksi-aksi lasak dan babak pergaduhan. Elizabeth memang melakonkan babak pergaduhan dengan sendiri, tanpa bantuan pelakon lagak ngeri.
“Kemudian, proses rakaman pula ambil masa yang agak lama dan dilakukan berkali-kali, sehingga 10 hingga 20 take bagi tiga hingga empat syot sahaja.
“Dan Elizabeth berikan yang terbaik. Jadi, saya memang respect dengan Elizabeth Tan,” katanya.
Selain Zizan Razak dan Elizabeth Tan sebagai tunggak utama dan Datuk AC Mizal, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Maya Karin, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 telah mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Izwan Isa
Thu Sep 29 2022


Azhan Rani Mohon Maaf Tersilap Balas Komen Peminat - “Tiada Langsung Sekelumit Niat Untuk Mempersenda”
Azhan tak sengaja la...

Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.