Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Elizabeth Tan Kongsi Keadaan Perut, Baby Atau Makanan? Ramai Teka Baby Bump!

Azwa Rahman 11/05/2022 | 12:35 MYT

Pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian ramai apabila menayangkan keadaan perutnya yang kelihatan seperti ‘baby bump’.

Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, 29, berkongsi satu video keadaan perutnya itu di laman Instagram miliknya.
Namun, apa yang disangka sebagai ‘baby bump’ itu hanyalah ‘food bump’ selepas dia mengempiskan kembali perutnya.
“Baby bump or food bump? Hehehe,” tulis Lizzy di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa kecewa apabila perut buncit yang disangka hamil itu sebenarnya adalah ‘food bump’.
Namun, tidak kurang juga ada yang berpendapat ‘food bump’ itu adalah sebenarnya ‘baby bump’ namun tidak didedahkan oleh penyanyi lagu Knock Knock itu.
“Baru nak cakap congratulations tapi tak jadi..” tulis seorang wargamaya.
“Kena scam, ingatkan preggy,” ujar seorang wargamaya.
“Banyak sangat makan lemang rendang tu,” kata seorang wargamaya.
“Tu baby bump kan? Tahniahhh,” usik seorang wargamaya.
“Dia ni kan.. aku mula nak pecaya dah,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga Instagram.
Pada Mac 2021, berita mengenai perkahwinan Lizzy dan Siew Jim, 31, tersebar selepas tular sekeping foto pasangan itu tular di media sosial.
Lizzy kemudian memaklumkan dia sudah berkahwin di sebuah gereja di Gombak dan hanya dihadiri 10 tetamu di kalangan ahli keluarga dan kenalan rapat.

#Elizabeth Tan #Baby Bump #Food bump
;