Elizabeth Tan Selamat Jalani Pembedahan, Buang Ketumbuhan Di Tangan

Syafiqah Jalal
Disember 14, 2016 03:57 MYT
Elizabeth Tan Selamat Jalani Pembedahan, Buang Ketumbuhan Di Tangan
Penyanyi Elizabeth Tan telah selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di tangannya.
Elizabeth menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu doktor hanya melakukan sedikit pembedahan di tangannya dan dia kini sudah pulang berehat di rumah.
Menerusi entri tersebut peyanyi lagu Knock Knock itu kelihatan ceria selepas pembedahan.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:
"Ramai tanya I buat surgery apa harini.. sebenarnya takde pape serious pun, just kena amek kluar growth yg ada kt tangan I (blh nmpk dlm gamba) . Tu je hehe. Skg lizzy tngh rehat kt rumah and everything is well. Terima kasih ye kpd semua yg bg wish and yg doakan lizzy utk get well soon. Hope you guys have a good rest too!"
Menerusi akaun Instagram, dapat dilihat Elizabeth ditemani ibunya ketika ke bilik pembedahan di sebuah hospital semalam.
Berikut merupakan foto serta video dia di hospital:
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Elizabeth Tan #hospital #Penyanyi #pembedahan #Hospital