Ellie Suriaty Beri Tempoh Hingga Hari Raya Kepada Imran Bard Untuk Minta Maaf - “Islam Tak Ajar Kita Minta Maaf Melalui Telefon”
Ellie Tidak Akan Berdiam Diri
Menurut Ellie, video yang dimuat naik oleh Imran telah memberi kesan buruk kepada reputasinya. Lebih menyedihkan, dia menerima pelbagai mesej negatif daripada netizen, termasuk panggilan yang menghina rupa dan kredibilitinya sebagai pelakon.
"Sepatutnya dia jumpa saya sebelum bulan puasa lagi. Tapi dia kata dia berada di kampung. Jadi saya bagi tempoh hingga Hari Raya nanti untuk dia datang jumpa saya.
"Kalau dia berdegil juga, saya serahkan pada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Sidang Media dan Majlis Tayangan Program Raya Astro 2025, di Bandar Utama, Petaling Jaya, malam tadi.
Adab Memohon Maaf
Dalam pada itu, Ellie turut menegur cara Imran yang hanya memohon maaf melalui Instagram Story (IGs). Baginya, permohonan maaf perlu dilakukan secara bersemuka, seperti yang diajarkan dalam Islam.
“Agama Islam tak mengajar kita minta maaf melalui telefon. Kalau nak minta maaf, kena datang jumpa batang tubuh orang yang kita sudah sakitkan hatinya.
"Kalau betul pun dia minta maaf, saya akan nilai sama ada dia ikhlas ataupun terpaksa sebab takut kena hentam," ujar Ellie. ,” tambahnya.