gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gelagat Sempoi Ramli MS Masuk Live Alyah Tolong Promosi Tudung Curi Perhatian - “Ni Projek Bapak Bapak Season Berapa Ni”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Allan Andresn Anggap Penyingkiran Bukan Satu Kegagalan - “Inikan Sebuah Pertandingan Pastinya…”
HIBURAN
Ramai Keliru Status Nine Phyne Ballerz, Dedah Sudah Bercerai Dengan 2 Isteri
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”

gempak
Mya Amri
20/02/2025
09:25 MYT
Sponsor Banner
Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
Pelakon, Ellie Suriaty memaklumkan telah membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial, Imran Bard kerana mencemarkan namanya dalam salah satu kandungan di platform TikTok miliknya.
Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, dengan tegas memberi peringatan dan tidak menolak untuk mengambil tindakan saman selain memanjangkan laporan kepda pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM).
Namun bagi Ellie nilai saman yang mungkin dibuat tidak mungkin sama seperti hancurnya maruah dia sebagai anak seni.
“Saya sudah berbincang dengan peguam dan ada beberapa perkara yang dia lakukan boleh dikenakan saman.

“Namun berapa nilai saman? RM3 juta ke? Ia tak ternilai dengan bakat yang Allah kurniakan kepada saya.

“Apa yang dia buat telah mencemarkan nama saya. Maruah saya tercalar dan saya rasa terhina,” katanya kepada media.
Ellie ditemui ketika sidang media khas berhubung perkara berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.
Kedua anak Ellie iaitu Azrell Omar, 20, dan Nur Azreen, 16 turut hadir pada sidang media berkenaan.
Tambah Ellie, biarpun kandungan itu dalam nada jenaka, Ellie menganggap ia tidak wajar kerana nama ‘Ellie Suriaty’ sudah dikenali ramai.
Malah, Ellie juga menuntut ibu bapa kepada Imran untuk tampil untuk memohon maaf.
“Siapa dia (Imran) untuk saya berjumpa? Saya tak kenal dia. Kalau nak minta maaf, saya minta ibu bapa dia datang minta maaf. Kalau bijak datang segera minta maaf.

“Biar ibu bapa dia datang kepada saya untuk saya beritahu tentang adab.

“Namun saya tidak maafkan dia. Saya tidak halalkan apa sahaja rezeki yang dia dapat dari video berkenaan. Saya rak reda.
Jelas Ellie apa yang berlaku ini juga turut memberi kesan kepada dua anaknya iaitu Azrell dan Azreen.
Malah secara peribadi ia secara tidak langsung mengganggu emosinya sendiri sehingga mula meragukan kemampuan dia sebagai orang lama dalam industri.
“Saya ini ibu tunggal. Anak saya juga ada yang masih bersekolah. Rakan-rakan dan cikgunya bertanya. Ia memberi kesan kepada anak-anak.
“Apa yang dia lakukan buat saya tak tidur malam. Di manakah diri saya dalam industri? Mungkin juga memberi kesan kepada tawaran kerja saya selepas ini,” luahnya.
Terdahulu, Ellie membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Klang pada Ahad lalu.
Isu ini mula timbul apabila Imran sengaja membuat kandungan media sosial berbentuk video parodi dengan menyebut nama Ellie menggunakan bahan terlarang.

BERITA BERKAITAN: Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”

BERITA BERKAITAN: Ellie Suriaty Tak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin, Azri Iskandar Terima Hakikat Tak Ada Jodoh Dengan Kekasih Baru

BERITA BERKAITAN: "Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah

BERITA BERKAITAN: Ellie Suriaty kena ‘Mengorat' dengan VVIP Berstatus Suami Orang - “Ada Assistant Dia Datang Cari…”

Topic Berkaitan
#Ellie Suriaty
#Polis
#maaf
#Laporan
#Minta
#Imran Bard
Must-Watch Video