,
Laman Utama

Ellie Suriaty Minta Jangan Terpedaya - "Kata-Kata Yang Ditulis...."

Syafiqah Jalal
25/08/2023
12:35 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty kesal apabila wujudnya beberapa akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama dan gambarnya di media sosial.
Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 53, meminta agar pengikutnya tidak terpedaya kerana dia tidak pernah membuka akaun TikTok di media sosial sebelum ini.
"Please unfollow TikTok ellie suriati. Itu akaun scammer yang menyamar jadi saya.
"Segala kata-kata yang di tulis di akaun tersebut bukan dari akal fikir serta emosi saya.
"Kalau kalian follow juga, maka dia akan menjadi lebih galak, lebih seronok menyamar sebagai saya.
"Unfortunately, that kind of attitude is very sick in the head!!.."tulisnya.
Ellie berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai reaksi.
Menjawab komen balas seorang pengikutnya, Ellie berkata, ia perbuatan yang melampau.
"Langsung tak tahu malu sampai sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk ambil kesempatan. Takda maruah diri langsung.
"Lebih teruk, kalau dia (scammer) buat jenayah, buat cerita sedih minta duit sana sini dan aibkan saya," katanya.
Pada masa sama, Ellie juga mengucapkan terima kasih kepada rakan artis, Anne Abdullah yang membuat laporan pemilik akaun TikTok palsu terbabit kepada pihak TikTok Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar