Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elly Arifin Dedah Pernah Dicabul 'Ustaz' - "Jumpa Untuk Berubat, Tapi Dia Raba, Seluk Dalam.."

Umirah Halim
07/03/2024 01:00 MYT
Pelakon, Elly Ariffin dengan berani telah mendedahkan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual selepas dicabul oleh seorang individu yang bergelar ustaz.

Bercerita mengenai detik hitam yang dilaluinya 2 tahun lalu, Elly atau nama sebenarnya Nurul Elyana Kamalul Arifin, 34, memberitahu dia masih belum dapat melupakan kejadian itu sehingga hari ini kerana pengalaman itu telah memberikan kesan yang mendalam pada dirinya.

“Pada tahun 2022, saya kena cabul dengan seorang ustaz dan ustaz ini adalah seorang yang sangat dipercayai dan rapat dengan keluarga saya, jadi memang tak terfikir pun untuk berlaku kejadian yang tak elok.

“Kemudian mak suruh saya berjumpa dengan ustaz itu untuk tujuan berubat, dan ketika itu saya datang seorang diri, saya pakai baju sweater dua lapis dan seluar besar jadi memang takde ketat-ketat.

“Lepastu dah mula berubat saya minum air yang sudah dibaca ayat oleh ustaz itu, dalam keadaan separuh sedar tiba-tiba saya dapat rasa tangan dia tengah meraba saya pada bahagian atas dan bahagian bawah alat sulit saya.

Berita Trending: "Jangan Ingat Saya Janda Senang-Senang Nak ..." - Elly Ariffin Terima Mesej Lucah, Harap Wanita Tak…


“Dia sentuh dah seluk kat bahagian dalam takde lapik, dia dah seluk dalam skin to skin, 3 kali dia buat.

“Saya tak mampu untuk terus melawan, jadi saya terpaksa perlahan-lahan tolak.

“Tapi sebelum saya balik, dia sempat banyak kali pesan kat saya jangan cerita dekat mak tentang cara perubatan saya ni, sedangkan dia adalah ustaz yang dipercayai family saya kenapa saya tak boleh cerita pula,” kongsinya kepada Gempak.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu ini, Elly turut sempat berkongsi tentang kejadian dirinya yang telah dilayan acuh tak acuh oleh pihak berkuasa ketika ingin membuat laporan bagi kes cabulnya itu.

“Saya buat report polis, tapi reaksi polis ini agak mengecewakan kerana mereka seolah-olah menganggap insiden cabul saya ini seperti tidak serius.

“Saya kecewa sebab kes kena cabul ini bukan benda yang perlu diambil remeh, namun saya mendapat reaksi sebegini,” kongsinya lagi.

Bagaimanapun, kes ini difahamkan telah selesai dan ustaz itu telah mengaku bersalah atas kesalahan cabul, namun bagi Elly kejadian ini merupakan antara detik hitam yang masih menghantui hidupnya.

“Tapi dia mengaku bersalah dekat mahkahmah dan dia sekarang sudah bayar denda. Jadi kes ini telah ditutup sebab dia tak nak panjangkan lagi isu ini.

“Saya simpan dendam sampai sekarang, tapi saya tak nak ingat dah benda tu sebab saya sampai sekarang masih trauma dengan kejadian itu.

“Setiap kali saya teringat saya akan menggigil tapi lama-lama saya cuba cari jalan untuk atasi perkara ini. Sebab itu saya nak sangat cerita dekat semua dan bagi awareness dekat korang,” ujarnya sambil menahan sebak.

Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Korsakoff di TGV Pavillion Bukit Jalil pada Rabu.

Korsakoff merupakan filem ‘psyhchological thriller’ yang mengetengahkan tentang kondisi penyakit Korsakoff dan bakal ditayangkan ‘Di Pawagam Rumah Anda' bermula 14 Mac 2024 ini.

Naskhah ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Erra Fazira, Azhan Rani, Iqram Dinzly, Ning Baizura dan watak utamanya laitu 'Jelita' dipegang oleh Elly Arifin.

Untuk melanggan, sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand dengan harga hanya RM15 (tidak termasuk cukai), dan anda boleh menontonnya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Berita Trending: Siti Nurhaliza Terharu, Dedah Kak Lina Sumbang RM10,000 Buat Palestin - “Moga…

#Ustaz #Ariffin #Elly #Dicabul #Korsakoff
;