Hiburan

Elly Mazlein Bakal Kenalkan Kekasih Di Majlis Pertunangan Bulan Depan?

gempak
Fiza Kamarudin
13/11/2019
22:30 MYT
Sponsor Banner
Elly Mazlein Bakal Kenalkan Kekasih Di Majlis Pertunangan Bulan Depan?
Pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein bakal melangsungkan majlis pertunangannya secara tertutup dan sederhana pertengahan Disember ini.
"Insya-Allah, majlis pertunangan saya nanti akan berlangsung menjelang pertengahan Disember secara tertutup. Untuk majlis ini, saya akan raikan bersama keluarga dan rakan media.
"Insya-Allah, majlis akad nikah dan resepsi akan diadakan dalam skala lebih besar dan diraikan bersama keluarga serta rakan," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dia akan mengumumkan tarikh majlis pertunangannya itu tidak lama lagi.
"Saya akan maklumkan apabila semua persediaan sudah lengkap dan muktamad," katanya.
Ditanya sama ada bakal tunangnya yang hanya dikenali sebagai Azlan akan diperkenalkan kepada media pada hari pertunangan itu, Elly masih merahsiakannya.
"Sama-sama kita nantikan," katanya.
Selepas majlis pertunangan itu, akan ada tiga majlis lain yang akan menyusul iaitu majlis malam berinai, majlis akad nikah dan majlis resepsi yang melengkapkan lima majlis impiannya.
Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.
Penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu mengenali Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah kekasihnya itu secara terbuka.
Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Sumber: Harian Metro Foto: Instagram @iamellymazlein
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live