Hiburan

Elly Mazlein Keras Hati Demi Anak

gempak
Kamaruddin Razal
10/10/2017
14:32 MYT
Sponsor Banner
Elly Mazlein Keras Hati Demi Anak
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein enggan lagi membuka mulut dan mengulas lanjut mengenai permasalahan yang masih terjadi antara dirinya dan bekas suami, pengarah Azmi Hatta.
“Saya tak nak ulas mengenai perkara tersebut. Saya tak mahu komen dengan lanjut.
“Cukup saya katakan, saya akan keras hati demi anak, Puteri Sara Sefhia. Anak adalah segalanya bagi saya,” kata Elly.
Tambah Elly yang terkenal dengan nama Kak Lina Pom Pom, dia gembira dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang dan bersyukur dengan segalanya.
“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik. Rezeki saya semakin murah, semuanya kerana Sefhia. Tawaran nyanyian dan lakonan tidak putus-putus.
“Banyak peluang dan tawaran yang saya perolehi dan saya sangat bersyukur. Kini saya dilantik sebagai duta untuk produk Jus Lentik Dara. Insya-Allah, saya akan bekerja dengan lebih keras selepas ini demi masa depan yang baik untuk Sefhia,” kata Elly ketika ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta Lentik Dara.
Dalam perkembangan terbaru, Elly baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod berjudul Ghazara.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram @iamellymazlein
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024