Laman Utama
Elly Mazlein Masuk Hospital- “Ada Masalah Tulang Belakang, Baby Sihat”, Ramai Doakan Cepat Sembuh
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta kerana mengalami masalah kesihatan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Elly memaklumkan dia menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) untuk mengetahui tahap kesihatannya.
“Untuk kesayangan semua… Kakak Lina sihat cuma kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang dah boleh gerakkan badan.
“Sekejap lagi (semalam) doktor akan periksa tulang belakang. Tadi buat pemeriksaan baby Megat. Alhamdulillah baby sihat (6 bulan),” coretnya semalam.
Dalam pada itu Elly juga turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakan baiknya, penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU).
“Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan Sarah), love you Tasya.
"Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan kedua-dua penyanyi kesayangan ramai ini.
Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari tahun lalu.
Sebelum ini Elly juga pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014 namun bercerai pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.