Hiburan

Elly Mazlein Tak Mahu Cerita Tentang Cinta

gempak
Kamaruddin Razal
25/01/2017
09:25 MYT
Sponsor Banner
Elly Mazlein Tak Mahu Cerita Tentang Cinta
Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein enggan bercerita mengenai perihal cinta buat masa sekarang.
Ketika ditanya adakah dirinya didekati oleh mana-mana lelaki selepas bergelar ibu tunggal, Elly tidak mahu memikirkan perkara tersebut.
"Saya tak nak cerita perihal cinta atau lelaki. Bagi saya, sekarang adalah masanya untuk saya memberikan tumpuan kepada anak serta bapa saya.
"Anak saya sedang membesar, biarlah saya menjaganya dengan sebaik mungkin. Rezeki dalam bidang kerjaya saya juga semakin murah selepas GegarVaganza 3. Alhamdulillah, saya anggap ini semua rezeki anak.
"Saya hanya menumpang rezeki yang Allah berikan kepada cahaya mata saya. Cinta bukan untuk saya sekarang," kata Elly kepada Astro Gempak.
Dalam perkembangan lain, Elly kini sudah mengikat kontrak bersama KRU Music dan bakal muncul dengan buah tangan terbaru.
"Sebelum ini, saya pernah berkolaborasi bersama KRU menerusi lagu Sabarlah Hati. Saya pernah bekerja dengan KRU dan rasa selesa bersama mereka.
"Untuk kali ini, mereka mempunyai perancangan yang bagus untuk saya. Saya akan muncul dengan lagu baru tidak lama lagi, Insya-Allah," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik kecantikan Aveda di Pavilion, Kuala Lumpur baru baru ini.
Selain Elly, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Haiza, Azharina dan penyampai radio IM4U FM, Fiza Saad.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
A photo posted by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live