“Elok Campak Dalam Kandang Rimau” - Lelaki 63 Tahun Rogol Kucing Sampai Mati Akhirnya Didakwa
Izwan Isa
25/04/2022 05:50 MYT
25/04/2022 05:50 MYT
Jijik! Mungkin perkataan itu yang sesuai untuk menggambarkan perasaan rakyat Malaysia apabila membaca kisah seorang tentang lelaki yang didakwa atas tuduhan melakukan seks luar tabii dengan seekor kucing dua minggu lalu.
Menerusi laporan media, tertuduh, Janting Anak Keling, 63, difahamkan ‘kantoi’ apabila perbuatan terkutuk itu dilihat oleh seorang penduduk di sebuah taman permainan di Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru.
Ketika kejadian, penduduk berkenaan menjerit memahami tertuduh sebelum tertuduh melarikan diri. Kucing tersebut yang merupakan kucing kacukan seorang penduduk mati selepas diperlakukan sebegitu.
Janting kemudian mengaku bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Fatimah Zahari hari ini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seekor kucing sehingga menyebabkan kematian ke atas haiwan terbabit.
Sementara itu, netizen di laman sosial rata-rata melahirkan rasa kurang senang dengan berita yang dilaporkan.
“Ya Allah apa yang kau dapat dengan rogol kucing tu? Terdesak sangat ke pak cik?” luah wargamaya.
“63 tahun? Elok campak dalam kandang rimau,” cadang seorang netizen pula.
Menerusi laporan Astro Awani pula, kesalahan didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda serta sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya bagaimanapun memohon kes ditunda ke satu tarikh lain bagi serahan dokumen dan mencadangkan jaminan RM15,000 terhadap tertuduh.
Janting yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan.
Tertuduh yang mendakwa berasal dari Sarawak datang ke Johor dan tinggal bersama anaknya.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan bagi serahan dokumen.