Laman Utama

Elvina Tak Percaya Nad Zainal Terlantar Penuh Tiub - “Kami Semua Tunggu Kau Bangun Tau!”

gempak
Asyikin Mayudin
24/11/2022
05:25 MYT
Sponsor Banner
Elvina Tak Percaya Nad Zainal Terlantar Penuh Tiub - “Kami Semua Tunggu Kau Bangun Tau!”
Ramai yang mendoakan aktres Nad Zainal kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat komplikasi paru-paru berdarah termasuk rakan selebriti.
Antaranya pelakon Datin Elvina Mohamad yang turut meluangkan masa menziarah Nad di ICU Pusat Perubatan Ampang Puteri pada semalam.
Elvina turut berkongsi momen sebak ketika anak sulung Nad iaitu Fahad Ibrahim atau Yem bertanyakan kepada datuknya mengenai keadaan ibunya.
“Masa Yem datang dekat atok dia tanya ‘mummy kenapa, mummy kenapa’, kami semua yang ada kat situ auto berjurai.
“Ya Allah anak kecil yang tak faham apa-apa lagi, yang tidak tahu (clueless) apa sebenarnya terjadi dekat mummy dia,” katanya menerusi laman Instastory.
Elvina turut memberitahu dia seakan-akan tidak percaya apabila melihat keadaan Nad yang terlantar dengan penuh pelbagai tiub.
“Tengok keadaan Nad yang terlantar dengan penuh pelbagai tiub, jadi macam tak percaya. Sangat mengejutkan sebab macam tiba-tiba.
“Dia tak pernah pun cakap dia sakit apa sebelum ini, tiba-tiba dapat tau dah kat ICU. Aku tahu mu kuat nyah (panggilan Nad), mu kena kuat demi anak-anak.
“Ramai yang datang tadi bagi sokongan, sayang mu. Kami semua tunggu kau bangun tau! Kau kena lawan,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live