Elyana Ambil Anak Angkat Kedua?

Asraf Aided
Ogos 14, 2019 06:04 MYT
Penyanyi Elyana berkongsi sekeping foto mendukung seorang bayi perempuan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Anak perempuanku yang kedua," tulis Elyana ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut serta beberapa rakan artis tumpang gembira melihat bayi itu dan memuji kecomelannya.
"Comel," tulis netizen.
"Yay baby baru!" tulis Sherry Ibrahim.
"Comel baby tu Nana," tulis Zarina Zainuddin.
Namun begitu, Elyana masih belum tampil dengan sebarang kenyataan mengatakan bayi tersebut merupakan anak angkat kedua ataupun sebaliknya.
Terdahulu, Elyana telah mengambil seorang anak angkat yang dinamakan Tulus pada sekitar November tahun lalu.
Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayah, 7 tahun.
#Elyana