Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Elyana Dedah Lamar Suami, Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba - “Lantaklah Orang Nak Cakap…”

Izwan Isa
20/11/2023 07:55 MYT
Penyanyi Elyana mendedahkan momen ‘unik’ yang dilaluinya sebelum dia dan suami mendirikan rumah tangga sekitar 13 tahun lalu.

Menerusi hantaran di Instagram, Elyana berkata, dia merupakan individu yang mengambil inisiatif untuk melamar suaminya, sungguhpun dia seorang wanita!



“Kertas original saya melamar boyfriend saya. Lambat sangat tunggu dia ajak kahwin. Meh saya yang melamar.

“Lantaklah orang nak cakap perigi cari timba. Yang nak kahwin kan kita. Nasib baik dia setuju nak kahwin!” tulis Elyana.

Penyanyi lagu Kalis Rindu itu menambah, dia membeli perkakas untuk melamar teman lelaki yang kini bergelar suami itu pada pukul 2 pagi.

“Pukul 2 pagi saya cari kedai yang jual kertas and marker pen. Ini kertas paling besar yang saya dapat. Saya letak kertas ni atas kereta dia. So bila dia balik kerja, nak masuk kereta… surprise!

“Siap kalau dah saling setuju, kena sign kat kiri kanan bucu kertas tu. Eh .jangan main-main. Alhamdulillah dah 13 tahun duduk sebumbung,” tulisnya.

BERITA TRENDING: [VIDEO]"Ini Kertas Will You Marry Me Yang..." - Elyana Dedah Lamar Suami 12 Tahun Lalu

Elyana memuat naik hantaran berkenaan sempena ulang tahun perkahwinan dia dan suami, Khairul Anuar Husin yang ke-13.

#Elyana
;