Bayangkan anda perlu mengambil sesuatu dari sebuah kotak tanpa mengetahui isinya, membuat teh tarik sambil mencangkung atau menghirup sup tomato yang ditambah dengan sos tabasco.

Sanggupkah anda lakukan semua itu demi wang? Apatah lagi, untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik?

Selebriti-selebriti seperti Elyana, Farahanim Razak, Rita Sosilawati, Lia Natalia, As’ad Motawh, Yasmin Hani, Liyana Jasmay, Datin Diana Danielle, Sarah Hildebrand, Fahrin Ahmad, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Sophia Liana serta bintang-bintang gimnastik negara Koi Sie Yan, Jeremiah Loo dan Amy Kwan sanggup menyahut cabaran-cabaran ini untuk meraih dana bagi Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dalam #ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge.



#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge ialah kempen kebajikan pertama Shopee yang berusaha sedaya upaya untuk meraih dana yang akan disalurkan kepada pesakit kanser kurang mampu yang memerlukan rawatan.

Dana turut akan digunakan untuk penyelidikan serta perkhidmatan sokongan oleh MAKNA.

Saksikan selebriti-selebriti ini menjerit dan menggelabah dalam pertunjukan amal yang akan disiarkan secara langsung di Shopee Live pada jam 9 malam, 11 November yang boleh ditonton melalui telefon pintar anda.

Sokong bintang-bintang pujaan anda serta berikan kata-kata galakan untuk menguatkan semangat mereka melalui ruangan komen.

Selain itu, pertunjukan ini boleh ditonton melalui Astro Prima SD (Saluran 105) dan Prima HD (Saluran 121).

Anda juga boleh memainkan peranan anda untuk menyokong perjuangan menentang kanser dengan menghulurkan sumbangan.

#ShopeeMAKNA 11.11 Charity Challenge akan diadakan sempena 11.11 Big Sale Shopee, bermula sekarang hingga 11 November.

Untuk segala informasi mengenai program ini, layari https://shopee.com.my/shopeemakna.