Elyana Kembali Berlakon, Pilih 'Yang Tahu Je Tahu'!
Amri Hassan
22/12/2023 09:54 MYT
22/12/2023 09:54 MYT
Elyana adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Kemunculan pertamanya dalam drama Dunia Baru suatu ketika dahulu, sememangnya menjadi satu fenomena.
Kini selepas empat tahun berehat, Elyana kembali terbuka untuk berlakon semula, dan kali ini memilih untuk bekerjasama dengan penulis dan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin bagi drama terbaru Yang Tahu Je Tahu.
"Dalam banyak-banyak production house, tawaran lakonan dari KL Motion adalah yang sukar untuk saya tolak kerana, saya sangat suka dengan hasil kerja pengarahnya sendiri, iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin," katanya.
Drama 'Yang Tahu Je Tahu' adalah berkisarkan tentang penyiasatan Inspektor Jah, watak lakonan Elyana dalam merungkai kejadian cubaan bunuh diri oleh Borhan yang berusia 17 tahun. Tanpa di ketahui perkara itu hanyalah satu helah bagi menutup sebuah jenayah yang dilakukan oleh rakan-rakannya.
Namun, dek kerana kekurangan bukti, pihak polis menghadapi kesukaran bagi mencari siapa dalang si sebalik jenayah ini. Ditambah pula dengan janji setia penjenayah, biar apa pun yang terjadi, tidak akan menyerahkan nama satu sama lain.
BERITA TRENDING: Ada Kata Elyana Elok M*mp*s, Tak Tahu Bersyukur, Ini Respon Empunya Badan!
Namun, selepas pandemik Covid-19, Elyana mengambil keputusan untuk berehat dari bidang seni dan lebih memfokuskan kepada penjagaan kesihatan dan masa bersama keluarga.Kini selepas empat tahun berehat, Elyana kembali terbuka untuk berlakon semula, dan kali ini memilih untuk bekerjasama dengan penulis dan pengarah, Wan Hasliza Wan Zainuddin bagi drama terbaru Yang Tahu Je Tahu.