HIBURAN
Elyana Kongsi Foto Tanpa Rambut, Netizen Tertanya Status Kesihatan Terkini
Hantaran terbaharu penyanyi Elyana di Instagram menarik perhatian ramai apabila penyanyi itu memuat naik foto yang memaparkan kepalanya tanpa rambut, sekali gus mencetus spekulasi mengenai status kesihatannya.
Menerusi kapsyen yang dikongsi, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menulis luahan beremosi yang menggambarkan pergolakan dalam dirinya.
Kata-kata yang menyentuh perasaan itu memberi bayangan bahawa Elyana sedang melalui fasa sukar dalam hidup, namun tetap berusaha untuk kekal kuat dan tabah.
"Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tahu. Bermati-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita.
"Pesanku untuk teman seperjuangan... Kau berharga dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan.
"Tidak peduli dalam kurang atau lebihmu. Tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghinamu tidak baik," tulis Elyana dalam hantarannya.
Foto yang dikongsikan menampakkan Elyana berpenampilan tenang, namun kepala yang licin tanpa sehelai rambut memberi bayangan bahawa dia mungkin sedang menjalani rawatan kemoterapi.
Hantaran berkenaan menerima hampir 9,000 tanda suka dan lebih 400 komen daripada pengikut serta rakan selebriti. Rata-rata mereka melahirkan rasa kagum terhadap ketabahan Elyana, selain mendoakan agar terus diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.
Elyana sebelum ini pernah menjadi inspirasi ramai apabila secara terbuka berkongsi perjuangannya melawan kanser limfoma sejak 2010.