Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin.

Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Menurut Chef Wan, TPS memberi layanan yang sangat baik terhadap ibunya ketika bertemu di sebuah majlis sambutan Deepavali malam tadi.

"Mother with HRH Tengku Permaisuri Norashikin of Selangor.

"Selepas sembah salam, saya dan emak menghadap Tengku Permaisuri.

"Emak saya cuba untuk mencium tangan Tengku Permaisuri tapi tuanku tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Tengku Permaisuri mengambil tangan emak lalu menciumnya dan memberi pelukan yang sangat mesra.

"Saya rasa sangat terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tengku Permaisuri, semoga Allah sentiasa memberkati Tuanku," tulisnya di ruangan kapsyen.

Mother with HRH Tengku Permaisuri Noraishikin of Selangor at the Valiram Family Deepavali dinner party. After sembah salam emak and me mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor emak try to cium tangan Tengku Permaisuri. Tetapi Tuanku pull away and said ..Tak pe Makcik but instead pull my mother hand and kiss balik tangan emak and gave her a big hug. I felt so touched by HRH gesture and humbleness. May Allah bless Tuanku for her kindness.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Chef Wan memuji sikap TPS, ada juga yang menceritakan pengalaman pernah bertemu dan turut menerima layanan mesra dari permaisuri jelita itu.