Hiburan
"Emak Saya Nak Cium Tangan Tengku Permaisuri, Tapi..." - Chef Wan Terharu Dengan Kesopanan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin
Cef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor (TPS) Tengku Norashikin.
Perkara itu dikongsi Chef Wan menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Menurut Chef Wan, TPS memberi layanan yang sangat baik terhadap ibunya ketika bertemu di sebuah majlis sambutan Deepavali malam tadi.
"Mother with HRH Tengku Permaisuri Norashikin of Selangor.
"Selepas sembah salam, saya dan emak menghadap Tengku Permaisuri.
"Emak saya cuba untuk mencium tangan Tengku Permaisuri tapi tuanku tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Tengku Permaisuri mengambil tangan emak lalu menciumnya dan memberi pelukan yang sangat mesra.
"Saya rasa sangat terharu dengan kesopanan dan sifat rendah diri yang dimiliki Tengku Permaisuri, semoga Allah sentiasa memberkati Tuanku," tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Chef Wan memuji sikap TPS, ada juga yang menceritakan pengalaman pernah bertemu dan turut menerima layanan mesra dari permaisuri jelita itu.
Must-Watch Video