Pelakon dan pengacara Roslan Shah memberitahu ibunya, Mariam Kari masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pagi tadi.

Roslan atau dikenali sebagai Cik Lan berkata ibunya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu kecil di dalam perut.

“Ibu tercinta Cik Lan sudah habis operation di perutnya.Tetapi kata doctor, ibu tercinta Cik Lan belum sedar lagi sampai sekarang....

“Emak Lan solat hajat malam tadi di depan katil hospital emak ...Lan masih memerlukan emak ..Llan perlukan peluk dan perlukan tidur bersama emak...

“Ya Allah aku memohon kepadamu sedarkanlah dan panjangkanlah usia ibu tercinta cik lan Ya Allah...aku menitis dan menangis untuk ibu ku tercinta...Puan Mariam bte kari,” tulisnya.

Cik Lan berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Dalam masa yang sama menerusi entri tersebut, Cik Lan turut merayu agar ibunya segera bangun dan sedarkan diri.

Ibu tercinta cik lan sudah habis Operation di Perutnya...Tetapi kata doctor ...ibu tercinta cik lan belum sedar lagi sampai sekarang....Emak lan solat hajat malam tadi di depan katil hospital emak ...lan masih memerlukan emak ...lan perlukan peluk dan perlukan tidur bersama emak...YA Allah aku memohon kepadamu sedarkanlah dan panjangkanlah usia ibu tercinta cik lan YA Allah...aku menitis dan menangis untuk ibu ku tercinta...Puan Mariam bte kari...amin...amin..amin... #share3...#Love3...

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on


Sebelum ini, Cik Lan sering mengemas kini IGnya mengenai perkembangan kesihatan ibunya yang sedang sakit.

Nurse tadi beritahu Operation Ibu tercinta cik lan jam 7:30 pagi ini...YA Allah Aku Memohon padamu panjangkanlah usia ibu tercinta ku Puan Mariam Bte Kari.....aminnn....#share3....#Love3...

A post shared by roslanshah (@realroslanshah) on