“Emak, Tolong Bangun…”- Selesai Jalani Pembedahan, Ibu Roslan Shah Masih Belum Sedarkan Diri

Syafiqah Jalal
Mac 12, 2019 09:15 MYT
Pelakon dan pengacara Roslan Shah memberitahu ibunya, Mariam Kari masih tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pagi tadi.
Roslan atau dikenali sebagai Cik Lan berkata ibunya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu kecil di dalam perut.
“Ibu tercinta Cik Lan sudah habis operation di perutnya.Tetapi kata doctor, ibu tercinta Cik Lan belum sedar lagi sampai sekarang....
“Emak Lan solat hajat malam tadi di depan katil hospital emak ...Lan masih memerlukan emak ..Llan perlukan peluk dan perlukan tidur bersama emak...
“Ya Allah aku memohon kepadamu sedarkanlah dan panjangkanlah usia ibu tercinta cik lan Ya Allah...aku menitis dan menangis untuk ibu ku tercinta...Puan Mariam bte kari,” tulisnya.
Cik Lan berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam masa yang sama menerusi entri tersebut, Cik Lan turut merayu agar ibunya segera bangun dan sedarkan diri.
Sebelum ini, Cik Lan sering mengemas kini IGnya mengenai perkembangan kesihatan ibunya yang sedang sakit.
#Sakit #hospital #Roslan Shah #Hospital #Sakit