Emavengers Buat Kejutan Majlis Hari Jadi, Emma Maembong Menangis

Ahmad Shah
Mac 25, 2016 05:14 MYT

Pelakon Emma Maembong menangis selepas melihat kejutan dilakukan kelab peminatnya sempena hari lahirnya yang ke-24.

Difahamkan majlis yang berlangsung pada malam Khamis itu diadakan tanpa pengetahuan Emma dan dirancang dengan teliti oleh kelab peminatnya, Emavengers.
Walaupun majlis itu diadakan lebih awal dari tarikh hari jadi sebenar iaitu 27 Mac, namun acara tersebut berlangsung dengan meriah dan dihadiri oleh rakan-rakan artis antaranya Eina Azman dan Firman AF2015.
Foto-foto menarik sekitar majlis berkenaan turut dikongsi oleh Emavengers menerusi akaun Instagram mereka.
Dengan menggunakan hashtag #emmamaembongbirthdaysurprise dan #emmaturns24 pelbagai momen manis telah dirakamkan oleh jurufoto profesional.
Dalam pada itu, Emma juga turut berkongsi video yang dimuatnaik oleh Emavengers dan berterima kasih terhadap peminatnya dengan kapsyen yang berbunyi:
“Im sooo bless ?? thank u all. #Repost @emavengers,” tulisnya.
Di sini Astro Gempak ingin berkongsi foto-foto menarik sekitar parti hari jadi Emma Maembong yang diambil menerusi Instagram @emavengers.

#Emma Maembong #Emma Maembong