Laman Utama

“Embrio Tidak Berkembang Dengan Baik” - Ujian IVF Isteri Ifan Seventeen Gagal

gempak
Azwa Rahman
29/07/2021
09:29 MYT
Sponsor Banner
“Embrio Tidak Berkembang Dengan Baik” - Ujian IVF Isteri Ifan Seventeen Gagal
Bekas penyanyi kumpulan Seventeen, Ifan dan isterinya, Citra Monica meluahkan rasa sedih apabila rawatan bayi tabung uji atau persenyawaan in vitro (IVF) yang dijalani tidak berhasil.
Menurut Ifan, embrio yang dimasukkan ke dalam kandungan Citra menunjukkan perkembangan yang tidak baik.
Memetik laporan Liputan6, meskipun keinginan memiliki cahaya mata bersama isterinya sangat mendalam, namun mereka perlu bertahan untuk sementara waktu.
"Tipulah kalau tak sedih dan kecewa. Doktor tidak menyarankan kami untuk teruskan rawatan IVF kerana embrio tidak berkembang dengan baik," katanya.
Tambah Ifan, dia reda namun percaya pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Kami reda dengan ketentuan ini. Tak tahu nak gambarkan kalau sudah ada janin dalam perut dan ia tidak berhasil. Pasti lebih sedih," katanya.
Menurut Ifan, walaupun rawatan IVF kali ini tidak berjaya, namun Citra tidak serik untuk melakukan program bayi tabung uji pada masa mendatang.
"Alhamdulillah isteri saya kuat dan mahu ikhtiar lagi. Mungkin pada masa akan datang kami akan melakukan persiapan dengan lebih teliti," jelasnya.
Pada 29 Mei lalu, Ifan mendirikan rumah tangga bersama kekasih, Citra Monica Muhammad Sastrawi di Hotel Pullman, Jakarta, Indonesia.
Terdahulu, Ifan atau nama sebenarnya Riefian Fajarsyah kehilangan arwah isterinya, Dylan Sahara dalam sebuah kejadian tsunami yang berlaku sekitar di Tanjung Lesung, Indonesia pada 24 Disember 2018.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live