Emelda Rosemila Jumpa Getah Dalam Sotong...Alamak!

Asraf Aided
Mac 2, 2019 08:44 MYT
Pelakon Emelda Rosemila berkongsi sebuah video dia menjumpai getah dalam sotong yang dimakan bersama nasi lemak di sebuah restoran tempatan.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
Dalam video itu, Emelda cuba menarik-narik getah yang dijumpainya itu dan ia tidak terputus.
Menurut Emelda, dia berasa bimbang dengan perkara itu memandangkan banyak makanan ciptaan palsu yang berada di pasaran masa kini.
"Hi semua, just nak share kalau korang tahu, saya terjumpa rubber dalam nasi lemak, tarik pun tak boleh putus.
"Takut juga kalau termakan artificial cuttlefish, sekarang ni macam-macam artificial, beras, telur, udang dan macam-macam lagi," tulisnya di ruangan kapsyen.
Emelda memulakan kerjayanya dalam industri hiburan pada tahun 2000 dan masih aktif sehingga kini.
#Emelda Rosemila