Syarikat penerbangan terkenal, Emirates mengumunkan kerugian bersih AS$5.5 bilion sepanjang tahun lalu.

Pengumuman itu diuar-uarkan menerusi akaun Twitter rasmi syarikat berkenaan diikuti info yang lebih terperinci di laman web rasmi mereka.

Menurut syarikat tersebut, kerugian yang dialami itu adalah kali pertama selepas tiga dekad ekoran pandemik COVID-19.

"Kumpulan Emirates (The Emirates Group) telah mengumumkan keputusan kewangan 2020-21, ia merupakan tahun yang tidak mendatangkan keuntungan selepas tiga dekad disebabkan impak pandemik COVID-19," tulis kenyataan terbabit.

Disebabkan pandemik COVID-19 juga, pendapatan syarikat Emirates juga menurun sebanyak AS$8.4 bilion disebabkan penangguhan dan sekatan perjalanan global.

Pada 2019, syarikat tersebut memperoleh keuntungan sebanyak AS$288 juta namun jumlah penumpang dan muatan dilaporkan menurun 58 peratus pada 2020.

Awal tahun ini, Emirates telah menghantar jutaan dos vaksin COVID-19 ke seluruh dunia dengan menggunakan kapasiti kargonya yang besar.

Foto: Twitter Emirates