Pelakon popular Indonesia, Luna Maya mengakui dia gemar menghidu bau kentut sendiri.

Perkara itu didedahkannya menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

"Suka lah! Semua orang pasti suka bau kentut sendiri kan...kayaknya..emmm enak ya," kata Luna.

Luna memberikan respons sedemikian ketika ditanya aktor Boy William sama ada dia suka atau tidak menghidu bau kentut.

Sebelum itu, Boy turut mengakui bahawa antara perkara aneh yang digemarinya adalah menghidu bau kentut.

Video tersebut meraih lebih setengah juta tontonan di YouTube yang terhibur dengan gelagat dan pengakuan lucu Luna Maya.



Bahkan, Luna turut berkongsi pengalamannya berdepan situasi cemas apabila perutnya memulas ketika tersangkut di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas.

"Saya berusaha untuk tahan, sakit sangat. Saya fikir mungkin harus ambil nafas sedikit, jadi saya lepaskanlah sedikit (angin)," katanya yang kemudian mengundang ketawa.

Begitupun, kata Luna tiada apa yang perlu dimalukan kerana dia juga sama seperti manusia lain.

"Ya, tiada ada bezanya, kalau urusan 'bawah' itu tiada beza," katanya.



Sebelum ini, Luna juga pernah mengaku dirinya gemar buang angin secara sembarangan.

BACA: "Kadang-Kadang Bunyi 'Pret' ..." - Luna Maya Mengaku Suka Kentut Sembarangan

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!