Pelakon Emma Maembong mendedahkan dia sememangnya tidak mahu mengetahui jantina bayi keduanya setiap kali membuat pemeriksaan doktor.

Mahu dijadikan kejutan sehingga usia kandungan lapan bulan, Emma turut mengakui dia sendiri tidak sabar untuk memberi barangan bayi lelaki atau perempuan.

“Setiap kali pergi check up baby, mesti cakap dengan my doctor I don’t want to know the gender, nak surprise. Setiap kali check juga la tahan mata tak nak tengok screen.

“Cuma nak tahu baby sihat saja, setiap kali tengok barang baby pun tak sabar nak beli boy atau girl, tahan saja sampai lapan bulan disebabkan my pregnancy this time lain dari my first ramai ingat girl,” katanya.

Mengakui pada mulanya menjangkakan bayi perempuan, namun Emma tetap bersyukur dia bakal menyambut kelahiran seorang lagi cahaya mata lelaki.

“(Actually I pun ingat girl haha) tapi Alhamdullilah another boy. @shariqgabriel ada geng pecah barang rumah haha. My husband @shazli.a memang harapkan another boy, dia kata nak empat boy.

“Thank you semua yang doakan dan yang datang, I can see ramai vote girl. 90 peratus semua vote girl. Jadi @chacha_maembong team boy sebab tu dia paling over masuk dalam my picture,” ujarnya.

Tambah Emma lagi, hanya individu yang menguruskan persiapan acara ‘gender reveal’ yang mengetahui jantina bayi keduanya. e

“Ramai yang tanya macam mana nak buat event kalau tak tahu gender anak, my deco yang set up akan call my doctor for the gender.

“Jadi, dia seorang saja yang tahu, semua tak tahu termasuk my family. Yea sebab tu semua terkejut,” katanya.

Terdahulu, Emma mengumumkan dia bakal melahirkan bayi lelaki menerusi acara ‘gender reveal’ baru-baru ini.

Untuk rekod, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan itu, Emma dan suami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.