Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Emma Maembong Selamba Pam Susu Badan Sambil Berjalan, Ramai Yang Tak Senang Duduk

Zulaikha Yusof
31/01/2021 12:50 MYT
Kakak kepada pelakon Emma Maembong, Beby tampil mempertahankan adiknya selepas menerima kecaman daripada warganet yang tidak berpuas hati dengan foto yang menunjukkan dia sedang mengepam susu badan.

Dalam foto itu, Emma kelihatan tersenyum sewaktu berjalan dan dalam masa sama sedang mengepam susu badan untuk anak sulungnya.

Menurut Beby, tindakan yang dilakukan Emma itu tidak salah kerana tidak menampakkan perkara yang memalukan.

"Sebagai ibu menyusu kita melakukan yang terbaik untuk bayi kita. Tapi kat komen Emma Maembong ramai yang otak udang cakap tak malu, tengah pam pun nak tunjuk.

"Eh yang komen tu mesti belum ada anak atau ustaz palsu yang baru nak up. Vodooooo (bodoh) berguni-guni tau.

"Bagi saya tidak ada yang pelik dengan gambar ini. Tak ada nampak apa-apa atau tunjuk apa-apa pun. Sama ja macam normal Outfit Of The Day (OOTD). Jadi apa nak malunya?" tulisnya di Instagram Stories.

Tambah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, dia juga akan mengepam susu tidak kira di mana saja berada termasuklah di depan staff dan di pusat membeli belah.

"Saya kat pusat membeli-belah sambil shopping pun masih boleh pam. Tengah kerja depan staff pun boleh pam.

"Bukannya tunjuk tet** atau pegang pam tu. Kita pam demi anak," tulisnya lagi.

Hasil pemerhatian Gempak, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail mengambil tindakan dengan menutup ruangan komen di posting dirinya mengenakan baju berwarna biru itu.


#Emma Maembong #Pam Susu Badan #Beby
;