HIBURAN
Emma Watson Diharamkan Memandu 6 Bulan
Aktres Emma Watson diharamkan memandu selama enam bulan selepas didapati membawa kereta melebihi had laju.
Watson, ditangkap memandu laju pada 31 Julai tahun lalu. Bintang Harry Potter itu didakwa memandu selaju 60 km/j berbanding had yang ditetapkan di sebuah jalan di Oxford iaitu 50 km/j.
Pemain watak Hermione Granger itu diharamkan memandu selama enam bulan selepas telah memiliki sembilan mata melanggar peraturan had laju jalan raya yang ditetapkan.
Watson turut didenda sebanyak RM4, 950 namun tidak hadir ke mahkamah sewaktu pendakwaan dibacakan, lapor BBC.
Bintang berusia 35 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana penulisan kreatif di Universiti Oxford sejak 2023.
Dia membintangi keseluruhan lapan francais filem Harry Potter yang membuat dirinya popular sejak tahun 2001 sehingga 2011.