Hiburan
Emmett Butterfinger Kini Suami Nadira Hanum
Tanpa angin atau ribut, vokalis Butterfinger, Emmett Roslan Ishak selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nadira Hanum Akbar Shah dipercayai berlangsung pada 1 Disember lalu.
Foto perkahwinan Emmett, 47, dan Nadira dikongsi di platform media sosial Instagram rasmi Butterfinger.
"Selamat pengantin baru Emmett Roslan Ishak. Semoga inderaloka berkekalan bahagia ke anak cucu," tulis kapsyen di akaun tersebut.
Emmett malah berkongsi khabar bahagia itu menerusi hantaran di media sosial berserta kapsyen ringkas.
"Alhamdulillah," tulisnya dengan emoji sebentuk cincin.
Sementara itu, Nadira turut berkongsi foto yang menyaksikan dirinya dan Emmett memakai busana pengantin dengan sangat sederhana menerusi akaun Thread miliknya.
Beberapa foto antaranya dalam siri hitam putih dan tarikh majlis pernikahan mereka turut dikongsikan jurugambar rasmi pasangan tersebut di InstaStory @seir@annaloqibrahim.
Terdahulu Emmett pernah mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Kanada sebelum pulang ke Malaysia beberapa tahun lalu. Dia diketahui memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama itu.