Laman Utama

“Emosi Down, Bagi Harapan Palsu” - Ramai Kecewa Masalah Teknikal i-Sinar KWSP?

gempak
Hanafis Haris
08/02/2021
04:20 MYT
Sponsor Banner
“Emosi Down, Bagi Harapan Palsu” - Ramai Kecewa Masalah Teknikal i-Sinar KWSP?

Kegembiraan pemohon i-Sinar kategori 2 yang didakwa lulus nampak gayanya tidak kekal lama apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ia adalah masalah teknikal.

Menurut KWSP, kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online.

“Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,” kata kenyataan tersebut.

Walaubagaimanapun tinjauan Gempak di media sosial mendapati masalah tersebut telah mengundang kemarahan ramai netizen.

Ada yang menganggap masalah tersebut telah memberi harapan palsu dan tidak kurang juga yang mengkritik sistem pengendalaian KWSP.

“Ramai gembira bila lulus tapi kegembiraan tidak kekal lama.”

“Emosi down kena prank”.

“KWSP pandai bagi hope” tulis beberapa netizen.

Sementara itu ada juga yang mendakwa pihak KWSP hanya mahu memperbetulkan tarikh pembayaran dan keputusan boleh dibuat mulai petang hari ini.

Terdahulu, KWSP memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan.

Pengurangan perlu merangkumi sebanyak 30 peratus dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live