Laman Utama
Emosi Terganggu, Hilang Arah Tuju, Boy Iman Mahu Reset & Restart - “Doakan Diri Saya Ye…”
Baru-baru ini, ahli perniagaan dan pelakon kontroversi, Boy Iman memuat naik status di Instagramnya sambil berkongsi tentang perkembangan terkini.
Menurut Boy Iman, atau nama sebenarnya, Nourul Iman A. Rahman, 41, banyak hal telah berlaku pada dirinya sepanjang tahun ini, termasuk gangguan emosi dan kehilangan arah tuju.
“Salam, hi semua… Saya sedang melalui satu fasa kehidupan yang agak teruk. Saya sangkakan hujung tahun 2017 apabila dilanda ‘musibah’, kejatuhan empayar perniagaan saya, DBI group itu dah cukup teruk kepada saya, dianiaya, difitnah… rupanya tahun ini tahun 2021 lagi teruk.
“Emosi saya sekarang terganggu, saya hilang diri saya, saya hilang arah tuju, saya tak tau nak ke mana, nak buat apa, nak jadi apa, pelbagai perasaan bercampur baur… saya lost,” luahnya dalam satu perkongsian di Instagram.
Sungguhpun mengalami rasa kehilangan diri, Boy Iman sempat memberitahu yang dia sedang dalam proses reset dan restart dan berharap agar semua mendoakan kesejahteraan dirinya.
“Sekarang saya dalam proses ‘reset’ dan ‘restart’ semula diri saya. Mohon semua doakan diri saya ye untuk saya kembali menjadi orang baharu, orang yang lebih kuat, lebih baik dari sebelum ini.
“Sesuai dengan masa yang mendatang ini, tahun baru 2022 yang bakal menjelma. Saya balikkan segala urusan dunia dan akhirat saya kepada Sang Pencipta saya, Allah taala,” katanya lagi.
Terdahulu, Boy Iman diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalannya selaku penghutang penghakiman melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun 2019.
Selain itu, sekitar awal tahun ini, Boy Iman secara rasmi hilang gelaran Datuk selepas menerima surat penarikan dan pembatalan darjah kebesaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Must-Watch Video