The House musim keenam yang menampilkan bekas peragawati, Ezurin Khyra bersama lima anak dan seorang rakan baiknya, Magie Abang Saufi telah memasuki episod keenam Rabu lalu.

Dalam episod tersebut, Ezurin telah dikunjungi oleh ibunya, Zelly Ariffin dan mereka bercakap mengenai jodoh pengganti teman hidup Ezurin.

Sebagai ibu, Zelly tahu dan memahami isi hati anaknya itu, beliau tahu yang Ezurin sebenarnya belum bersedia mendirikan rumah tangga selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal.

Banyak lagi perkara menarik yang berlaku, usah risau jika anda terlepas menyaksikannya kerana anda boleh menonton ulangan menerusi On Demand, atau tonton sahaja semua episod yang telah ditayangkan di aplikasi Astro Go.

Menerusi tinjauan Gempak di perkongsian Ezurin di Instagram, ramai netizen yang memberikan respon positif selepas menonton episod keenam itu.

Ada di antara mereka yang menyarankan Ezurin untuk menikmati kehidupan tanpa suami di sisi dahulu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

Pada masa yang sama, ada juga yang tidak sabar menantikan episod ketujuh Rabu hadapan.

"Jodoh...enjoy life as a single person kaw kaw dulu.

"Can't wait for next episode, stay safe my idol.

"Semoga dipermudahkan.

"Alah tak sabarnya episode tujuh," tulis netizen.







A post shared by EZURIN KHYRA (@ezurinkhyra)


Lima cahaya mata Ezurin yang ditampilkan adalah Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.

Sudah tentu banyak lagi perkara menarik menanti anda dalam episod tujuh Rabu hadapan.

The House Ezurin Khyra bersiaran selama 10 episod menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104) setiap Rabu, pukul 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse.