,
Gaya Hidup

Empat Makanan Eksotik Popular Di Malaysia, Anda Berani Nak Cuba?

Azwa Rahman
19/08/2019
09:19 MYT
Percutian dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Ada orang yang pergi bercuti hanya untuk mencuba makanan menarik di destinasi yang dilawati.
Namun, selain makanan yang enak, pernahkah anda terfikir untuk mencuba makanan eksotik yang menjadi kegemaran masyarakat tempatan?
Kalau anda berpeluang untuk singgah di empat destinasi dalam Malaysia ini, apa kata luangkan masa anda mencari empat hidangan eksotik ini.
1. Kerabu beronok (Langkawi, Kedah)
Beronok adalah sejenis hidupan laut seakan gamat yang hidup di kawasan pantai yang berselut. Kerabu beronok merupakan hidangan popular di Langkawi.
Beronok dimakan mentah dan digaul bersama daun selom, kelapa parut, cili dan bahan perasa.
2. Ulat sagu (Sabah dan Sarawak)
Hidup dalam pokok sagu, ulat gemuk bewarna putih kekuning-kuningan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri di Borneo.
Sama ada dinikmati mentah ataupun digoreng rangup, ulat sagu boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar besar di sana.
3. Rendang landak (Sungai Besar, Selangor)
Bosan menikmati rendang daging atau ayam? Apa kata anda cuba masukkan rendang landak dalam senarai menu wajib cuba.
Terdapat satu restoran di Sungai Besar, Selangor yang menyediakan menu ini. Tekstur daging landak difahamkan rasa sama seperti daging ayam cuba sedikit liat.
4. Kerabu ikan mentah (Sabah)
Dikenali sebagai hinava, hidangan ini merupakan makanan tradisional terkenal kaum Kadazan Dusun di Sabah.
Hinava merupakan salad dengan kepingan ikan mentah yang diperap dengan jus limau. Ia dimakan sebagai hidangan lauk bersama sayur.
Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan.
Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.