Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Empat Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Konsert Hatsune Miku Di Malaysia

Mya Amri
06/10/2017 12:37 MYT
Selebriti siber popular Jepun, Hatsune Miku bakal hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert di Malaysia pada 16 Disember depan.

Bagi yang masih belum mengenali personaliti siber ini, Hatsune Miku merupakan salah satu karakter dari applikasi Vocaloid buatan Yamaha dan dicipta oleh Crypton Future Media, INC pada tahun 2007.

Siapa Hatsune Miku?

Hatsune Miku adalah seorang gadis berambut biru berusia 16 tahun dengan suara yang unik dan tenaga yang luar biasa.

Menariknya Hatsune Miku juga pernah bekerjasama dengan artis popular antarabangsa seperti Lady Gaga dan Pharrell Williams.

Walaupun dicipta sebagai sebuah program, Hatsune Miku mempunyai peminat tersediri dengan lebih 2.5 juta pengikut di Facebook.

Sempena dengan Konsert Hatsune Miku Expo 2017 (#MikuExpoMY) yang dibawa khas oleh Astro dengan kerjasama Crypton Future Media, INC, kami berikan empat sebab kenapa anda harus menyaksikan Hatsune Miku secara live.



1. Hatsune Miku terkenal dengan lagu Senbonzakura, Baby (Kocchi Muite Baby), Marginal, Koi Iro Byoutou dan banyak lagi.

Selain Miku, konsert tersebut juga akan diserikan dengan rakan-rakannya, Piapro Characters yang lain termasuklah Kagamine Rin, Kagamine Len, Megurine Luka, Kaito dan Meiko yang popular dengan lagu Piano x Forte x Scandal.



2. Hatsune Miku Expo 2017 merupakan konsert Hologram pertama di Malaysia. Bagi peminat Hatsune Miku, sudah pasti mengetahui betapa hebatnya persembahan hologram secara live. Bila lagi peminat di Malaysia untuk merasai sendiri keseronokan konsert hologram kan?



3. Apa yang membuatkannya begitu istimewa ialah dia bukan manusia biasa, tetapi sebuah program maya menggunakan suara yang dihasilkan oleh komputer dan grafik 3D.

Boleh dikatakan setiap kali Miku mengadakan konsert termasuklah di luar negara, tiket konsertnya pasti habis dijual! Hebat bukan?



4. Buat kali pertama juga Miku akan menyampaikan lagu penyanyi dan pelakon Zizan Razak berjudul Chentaku untuk persembahan pembukaan. Wow! Macam manalah agaknya bila Miku menyanyi lagu dalam bahasa Melayu, mesti comel!

Hatsune Miku Expo 2017 akan berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 16 Disember bermula jam 8.00 malam.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM169, RM269, RM339, dan RM439 (tidak termasuk GST).

Tiket akan mula dijual pada 8 Oktober bermula jam 10.00 pagi manakala untuk pembelian atas talian boleh didapati melalui www.myticket.asia.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini layari mikuexpo.com dan Miku Expo 2017 in Malaysia (facebook).

#Konsert #Konsert #Hatsune Miku
;