Empat Tahun Jadi Ibu Tunggal, Dira Abu Zahar Selamat Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan
Zulaikha Yusof
21/06/2020 06:59 MYT
21/06/2020 06:59 MYT
Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Dira Abu Zahar, 36, bernikah dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, di Melaka, pagi tadi.
Memetik laporan BH Online, Dira atau nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.
Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Dira bersyukur fasa hidup baharu sudah bermula.
"Alhamdulillah, majlis berlangsung secara ringkas, tertutup dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Lebih istimewa abang saya, Muhd Idi Iskandar yang menikahkan kami," katanya.
Dira berkata, dia tidak pernah berfikir kembali memegang status isteri.
"Namun, Allah bagi rezeki dan peluang lagi. Insya-Allah saya akan berusaha menjadi isteri terbaik kali ini.
"Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu," katanya yang berkenalan dengan Syfik kira-kira setahun lalu.
Dalam perkahwinan pertama, Dira dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dan mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua.
Sumber & Foto: BH Online