,
Laman Utama

Empayar Keluarga SKOP, Ini Filem-Filem Kutipan Tertinggi Arahan Yusof Haslam, Syamsul Yusof & Syafiq Yusof Yang Perlu Anda Tonton

Izwan Isa
10/07/2022
13:50 MYT
Sebut sahaja nama pengarah Datuk Yusof Haslam, pasti ramai antara kita yang akan membayangkan betapa ikoniknya filem-filem yang pernah disutradarakan oleh beliau. Sejak dahulu lagi, banyak antara filem-filem karya Yusof berjaya menyorot perhatian penonton, sekali gus memberi pulangan yang membanggakan terhadap rumah produksinya, Skop Productions.
Imbas kembali, kerjaya Yusof sebagai pengarah bermula selepas beliau mengarahkan karya pertamanya iaitu Bayangan Maut (1991). Namun, namanya sebagai arkitek filem mula meroket hanya selepas filem Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) meraih perhatian ramai, dengan kutipan masing-masing sebanyak RM4 juta dan RM6 juta.
Kemudian, Yusof Haslam kembali dengan sebuah lagi filem ikonik berjudul Pasrah yang dilakonkan oleh Erra Fazira pada 2000. Filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta pada ketika itu.
Momentum Yusof sebagai sutradara semakin meningkat apabila filem Gerak Khas The Movie (2001) berjaya memberi pulangan sebanyak RM4.4 juta.
Legasi Yusof Haslam sebagai pengarah berkaliber kini kelihatan dalam diri anaknya, Syamsul Yusof yang berjaya mencetuskan fenomena menerusi filem arahannya, Mat Kilau. Setakat ini, filem yang baru diluncurkan beberapa minggu lalu itu berjaya meraih kutipan lebih RM60 juta, menjadikan filem tersebut sebagai filem paling laris di Malaysia.
Untuk rekod, ini bukan filem pertama arahan Syamsul yang berjaya meraih jumlah kutipan tiket tertinggi. Sebelum ini, Syamsul turut memecah rekod jumlah kutipan panggung menerusi filem seram Munafik (2016) dan Munafik 2 (2018).
Menerusi Munafik, Syamsul berjaya meraih RM19 juta manakala Munafik 2 dengan kutipan sekali ganda sebanyak RM48 juta.
Sementara itu, bakat seni yang mengalir dalam keluarga Yusof Haslam tidak terhenti pada Syamsul. Seorang lagi anaknya, Syafiq Yusof turut tersenarai sebagai pengarah dengan kutipan tertinggi menerusi filem Abang Long Fadil 2 (2017), KL Special Force (2018) dan Misteri Dilaila (2019). Ketiga-tiga filem ini masing-masing berjaya meraih kutipan sebanyak RM18 juta, RM12 juta dan RM10 juta.
Akan datang, Syafiq bakal kembali dengan buah tangan baharu berjudul Abang Long Fadil 3. Mengekalkan Zizan Razak sebagai tonggak utama, filem yang bakal ditayangkan pada September depan.
Berkesinambungan dengan filem terdahulu, Abang Long Fadil 3 berkisarkan tentang kehidupan Fadil yang dahulunya merupakan bekas gangster menerima tawaran daripada MSS (Malaysian Secret Service) untuk menjadi perisik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.