"Enam Jam Ja Dah Tak Silau & Kabur ..." - Syifa Melvin Bebas Masalah Rabun
Zulaikha Yusof
20/02/2021 01:20 MYT
20/02/2021 01:20 MYT
Pelakon dan usahawan Syifa Melvin, 27, meluahkan rasa syukur apabila tidak perlu lagi memakai cermin mata selepas menjalani pembedahan lasik di Pusat Mata dan Lasik Prof Muhaya, semalam.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin akui berasa takut pada awalnya namun dia memilih untuk memberanikan diri bagi mengatasi masalah rabun.
"Selama 27 tahun hidup harini adalah hari yang paling gerun sekali sebab pembedahan mata adalah perkara paling menakutkan okey.
"Tapi untuk bebas rabun saya beranikan diri periksa mata dan terus buat pada hari yang sama.
"Tahu tak? Demi Allah tak rasa apa langsung! Sampai saya tanya Prof @profmuhayaofficial dah ke prof. Hahahaha sangat best, sangat cepat masa pemulihan dia," tulisnya di Instagram (IG).
Tambah adik kepada aktres Syatilla Melvin, dia sudah tidak berasa silau dan kabur dalam tempoh enam jam selepas pembedahan.
"Enam jam ja dah okey tak silau dan tak kabur dah. Prof Muhaya sangat-sangat tenang orangnya, sangat baik kita pulak ayat quran ja dalam hati. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah sangat indah Ilmu Allah swt ini," tulisnya lagi.
Menerusi Instagram Stories, Syifa turut menjawab pertanyaan pengikut mengenai kos untuk melakukan pembedahan lasik itu.
"Kos adalah RM11,988 tambah dengan RM660 untuk air test. Secara kasar boleh standby dalam RM12,800 macam tu. Insya-Allah saya doakan ramai lagi dapat rasa nikmat bebas rabun," katanya.
Sebelum ini, selebriti lain yang turut membuat pembedahan lasik adalah Mira Filzah, Siti Nordiana dan Lisa Surihani.