Berita
Enam Kali Afifah Nasir Dipanggil Sebagai Pelakon Jemputan Sepahtu Reunion - "Terima Kasih Produksi & Peminat"
Ketepikan gosip dan cerita-cerita yang lalu tapi tumpukan kepada bakat yang ada pada dirinya. Anda pasti tahu pelakon jelita Afifah Nasir sememangnya mempunyai bakat yang hebat.
"Ini adalah kali kelima Afifah dijemput ke Sepahtu Reunion. Sebenarnya enam kali, tapi satu tu terpaksa Afifah tolak kerana berlaga dengan jadual lakonan. Sayang sungguh, kalau tak Afifah dah buat semua musim.
"Afifah sangat terharu dengan sokongan mereka. Boleh dikatakan hampir setiap tahun mereka jemput Afifah dan rasa bersyukur sangat setiap kali dipanggil. Walaupun sibuk shooting macam pagi sebelum siaran langsung semalam, Afifah tetap juga akan slotkan masa untuk Sepahtu," kata Afifah tersenyum manis.
Diberitahu bahawa dia sering dijemput kembali bukan hanya atas kehendak pihak produksi, tetapi juga kerana ramai peminat Sepahtu Reunion Live yang mahu melihat kemunculannya di Sepahtu, Afifah ternyata terkejut.
"Oh, Afifah tak tahu perkara tu. Untuk Afifah, apabila dijemput bersama Afifah akan terima kerana Afifah cukup suka dapat berlakon secara spontan dan live bersama mereka. Abang-abang Sepahtu ni sangat kreatif. Tapi kalau peminat yang minta, itu adalah satu penghormatan buat Afifah dan terima kasih kepada semua, produksi serta peminat Sepahtu.
"Bunyinya macam Afifah dah biasa dengan cara mereka, tapi mereka semua ni ada banyak sangat idea. Jadi mungkin apa yang kami praktiskan sebelum ini, bertukar-tukar bila dah ada di atas pentas. Jadi kita kena sentiasa spontan dengan mereka. Itulah yang sangat menyeronokkan.
"Mereka semua sangat profesional, sangat kelakar dan dah jadi macam abang-abang kepada Afifah. Bila bersama di atas pentas, Afifah tahu ini momen mereka, jadi Afifah takkan ganggu pick up line mereka dan Afifah akan masuk secara spontan apabila ada peluang," kata Afifah yang ternyata cukup profesional apabila bekerja.
Ditanya tentang suaranya yang memang merdu ketika mendendangkan lagu daripada Siti Sarah, ini jawapan Afifah.
"Afifah nyanyi hanya untuk suka-suka, dan Afifah memang suka lagu tu. Minat dengan Siti Sarah sejak dari dulu lagi. Jadi bila dapat lagu dia, memang all out lah Afifah nyanyi.
"Afifah belum ada niat langsung untuk jadi penyanyi. Semuanya secara suka-suka dan tidak pernah belajar secara profesional. Memang minat menyanyi tu ada, tetapi setakat minat sahaja. Bila dapat peluang menyanyi live dalam Sepahtu Reunion Live 2020, memang Afifah buat yang terbaik," katanya ketawa kecil.
Kehadiran Afifah Nasir dan Ramona Zam Zam sebagai pelakon jemputan di dalam Sepahtu Reunion Live 2020 malam tadi seolah-olah menjentik lebih semangat kepada kumpulan Sepahtu yang saban minggu semakin meningkat persembahan mereka biarpun tanpa penonton di dalam dewan.
Sepahtu Reunion Live 2020 boleh anda saksikan secara langsung setiap hari Khamis, jam 9:00 malam di Astro Warna (127) dan Warna HD (107). Anda juga boleh strim On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box. Ketahui lebih lanjut di sini.
Must-Watch Video