Skip to main content

Rancangan Realiti

Enam Kumpulan Yang Tinggal...Siapa Akan Bergelar Juara Dansa Dan Sing?

dds-slbefunky-collage.jpg
Program Dansa Dan Sing akan menuju kemuncak dalam konsert akhir Ahad ini.

Enam finalis diiringi skuad masing-masing akan membuat persembahan dalam tiga pusingan yang menampilkan tema berbeza.

Jika anda sudah bersedia, mari kita semak semula senarai lagu dan tema yang akan dipersembahkan oleh semua peserta.

Tema : Forte

Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - Mak Minah



Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - Kudaku Lari



Shiha Zikir & Team Squad - Vroom Vroom



Sophia Liana & Budak Ngam - Kami Rappers



Waris & Alamak - Botingkek



Wani Kayrie & Delitz - Kurik Kundi



Tema : Extravagant

Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew - I Got A Feeling



Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad - Gong Nekara



Sophia Liana & Budak Ngam - Amboi



Shiha Zikir & Team Squad - Jai Ho



Waris & Alamak - Keris Sakti



Wani Kayrie & Delitz - Uptown Funk



Selain dua tema tersebut, enam kumpulan tersebut turut akan berentap dalam pusingan 'battle' yang semestinya akan menambah kehangatan malam konsert akhir tersebut.

Juara Dansa Dan Sing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana masing-masing bakal membawa pulang RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.



Diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Hady Mirza, konsert mingguan Dansa Dan Sing ditayangkan secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123).

Ia juga boleh distrim menerusi Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Advertisement

Must-Watch Video