Hiburan

Enam Tahun Bercinta, Ameer Forteen Sedia Tamat Zaman Bujang

gempak
Rozaimi Zubaidi
20/01/2017
04:43 MYT
Sponsor Banner
Enam Tahun Bercinta, Ameer Forteen Sedia Tamat Zaman Bujang
Ahli kumpulan Forteen, Ameer akui sudah bersedia menamatkan zaman bujang selepas enam tahun menyulam cinta dengan kekasih hatinya.
Ameer, 27, berkata dia dan tunangnya, Azwin Ayub merancang untuk berkahwin tahun ini, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar.
"InsyaAllah saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal serta ekonomi untuk membina sebuah keluarga.
"Saya rasa tahun ni adalah masa sesuai untuk kami berkahwin. Saya fikir sudah tiba masanya lah.
"Lagipun kami sudah lama bercinta serta sudah setahun lebih mengikat tali pertunangan.
"Namun perkahwinan kami masih dalam perancangan dan saya belum ada tarikh untuk diumumkan lagi," katanya kepada Astro Gempak
Ameer ditemui selepas tayangan media super telemovie Permata Hati di Gardens, semalam.
Sementara itu Ameer memberitahu dia bersyukur kerana tunangnya yang lebih tua setahun daripadanya sangat memahami kerjaya seninya.
"Dia seorang yang sangat memahami saya. Sukar sebenarnya nak mencari pasangan yang faham dan terima kerjaya sebagai seorang penyanyi.
"Tapi dia lain, malah dia adalah orang yang paling banyak menyokong kerjaya dan minat saya," katanya lagi.
Perkembangan lain, Ameer bakal muncul dalam super telemovie Permata Hati di Astro First (saluran 480) bermula 26 Januari ini.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live